Cara tindakan Peluntur

Pemutihan

Warna biasanya timbul daripada pewarna dan pigmen organik contohnya beta karotena. Peluntur kimia bertindak melalui salah satu dari dua cara:

  • Peluntur pengoksida (contohnya yang berasaskan klorin) memecahkan ikatan kimia yang membuat kromofor. Ini menukarkan molekul menjadi bahan yang berbeza bahan sama ada ia tidak mengandungi kromofor, atau mengandungi kromofor yang tidak menyerap cahaya nampak.
  • Peluntur penurun (contohnya yang berasaskan sulfur dioksida[3]) bertindak menukarkan ikatan berganda dalam kromofor menjadi ikatan tunggal, menghilangkan kemampuan kromofor menyerap cahaya nampak.

Keberkesanan antimikrob

Keberkesanan peluntur yang berspektrum luas, terutamanya natrium hipoklorit, adalah disebabkan sifat kimianya yang bertindak balas dengan mikrob. Jika antibiotik bersifat merencatkan atau meracunkan mikrob, peluntur pula bertindak balas terhadap sel-sel mikrob dengan cepatnya menyahasli dan menghancurkan banyak patogen. Peluntur, terutama natrium hipoklorit, telah ditunjukkan untuk bertindak balas dengan protein kejutan haba mikrob, merangsang peranan mereka sebagai pendamping antara sel dan menyebabkan bakteria untuk membentuk menjadi gumpulan (sepertimana kandungan protein dalam telur yang telah direbus) yang akan akhirnya mati.[4] Dalam beberapa kes, keasidan bes peluntur mengganggu membran lipid bakteria ini seumpama belon yang pecah. Lingkungan mikroorganisma yang dibunuh dengan berkesannya oleh peluntur (terutamanya natrium hipoklorit) adalah luas menjadikan peluntur sejenis disinfektan yang sangat serba boleh. Kajian yang sama mendapati bahawa pada tahap natrium hipoklorit yang rendah (mikromolar), bakteria-bakteria E. coli dan Vibrio cholerae mengaktifkan mekanisme pertahanan yang membantu melindungi diri, tetapi implikasi mekanisme pertahanan ini masih belum dapat disiasat dengan sepenuhnya.

Sistem imun manusia bertindak balas terhadap jangkitan ini dengan menghasilkan pengoksida yang kuat iaitu asid hipoklorus melalui neutrofil yang diaktifkan peroksidaan ion klorida dibantu mieloperoksidase, seterusnya menyumbang kepada kemusnahan bakteria.[5][6][7]

Berkaitan